Isnin, 12 Mac 2012






Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


Ya Allah...

Andai sahabatku resah...

Tenangkanlah hatinya dengan teduhan ma'firahMu,

Andai dirinya terancam lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu,

Andai tubuhnya kedinginan,selimutkanlah ia dengan kasih sayangMu,

Andai dirinya merindu,rindukanlah jiwanya dengan saat bertemu denganMu...



Ya Allah...

Jangan Kau biarkan hati,jiwa dan jasadnya terpesong dengan duniawi,

Khusyukkan jiwanya dalam rukuk dan sujud ketika menghadapMu,

Berikanlah kejayaan di dunia dan akhirat....

Semoga dirinya (sahabatku) selamanya........



Ku pohon ya Allah.. semoga ukhwah kami teguh selamanya kerana dia sahabatku...

kerana pada jalanMU kami bertemu,kerana hati kami bertaut ketika

memadu kasih dan sayangMu..

Ku pohon lindungilah dia dengan maghfirahMu..
agar kekuatannya terletak pada taqwa dan

iman bukan pada nafsu..
agar jiwanya tidak mudah dimamah bisikan syaitan agar tidak

dipahat jamuan hiasan duniawi yang pastinya palsu dan merugikan..
ku pohon agar hatinya

bersarang rindu untuk bertemu denganMu..
sehingga kami dipertemukan disana nanti..

Amin Ya Rabbal Alamin..



♥ஜ♥ Duhai sahabat..♥ஜ♥
(¯`•.Indah anugerah PERSAHABATAN ini...
(¯`•.Bersama-sama mencari cinta Ya Rabb...
(¯`•.Bersama-sama dahagakan hidayah Ya Muhaimin...
(¯`•.Bersama-sama mendambakan syurga abadi Ya Rabbul Izzati...

♥ஜ♥ Ingatlah sahabat..♥ஜ♥
(¯`•.Bumi kita bumi yang payah..
(¯`•.Penuh ujian dan cabaran dariNya..
(¯`•.Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah..
(¯`•.Ikuti dibelakang ulama’ supaya tidak goyah..
(¯`•.Perjuangan itu amat susah duhai sahabat..
(¯`•.Marilah kita harapkan keredhaan dari ALLAH..


♥ஜ♥ Senyumlah sahabat..♥ஜ♥
(¯`•.Senyumlah dan serilah wajah..
(¯`•.Walau pudar dan hambar datang tidak sudah..
(¯`•.Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah..
(¯`•.Doaku agar kita berani seperti Hamzah..
(¯`•.Malah punyai semangat seperti Sumaiyah..

♥ஜ♥ Duhai sahabat..♥ஜ♥
(¯`•.Terima kasih untuk segalanya yang pernah kau beri padaku..
(¯`•.Maafkan daku tidak dapat menjadi sahabat yang baik padamu..
(¯`•.Sahabat...kau istimewa dikala susah dan senang.......♥♥♥

ஜ♥(¯`•.¸ღ..Syukur Ya Allah atas kurniaan tidak ternilai ini...
insan bernama SAHABAT....~~UKHWAH FILLAH~~..ღ¸.•´¯)ஜ♥


~Wahai lelaki~

Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu,

>> Jagalah dia dgn baik,
>> Kasihanilah dia, lindungilah dia,
>> Berilah kasih syg padanya,
>> Hargailah dia,
>> Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
>> Nasihatilah dia,
>> Bawalah dia ke jalan Allah,
>> Perbetulkan kesilapannya,
>> Bersabar dengannya,
>> Terimalah & cintailah kekurangannya,
>> Jadi imam terbaik & redhalah padanya

>>> moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu <<< (^_^) ♥ ♥



~✿..Aku ingin mencari CINTA SEJATI yang boleh membawaku ke jalan ILAHI, aku ingin menjadi MAKMUM kepada seorang IMAM..aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang KHALIFAH..aku ingin menjadi seorang PENDENGAR kepada seorang DAIE, aku ingin menjadi seorang MUJAHIDAH kepada seorang MUJAHID..✿~